Beware of the Red Number

rednumber Beware of the Red Number

Lol. There’s something hot spammy messages begin started again. The new one was about the redtube number aka panggilan maut. Read the message:

KPD SEMUA KWN² YG DIKASIHI. JIKALAU ANDA MENDPT PGGILN TELEFON YG BERNOMBOR PANJANG cnth: +62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP² SGT JGN DINANGKAT DAN DIJWB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MALAM TADI DIPUCHONG 2 ORG MATI. INI BNR² TERJADI. TOLONG SEBARKAN SMS INI

or in English version:

My fellow friends, if you got a call from a long unknown number example :+62852731520946 and the number is red in color, please do not answer. Because now in Indonesia, there is a group of people whom practicing black magic now testing their sorcery skill through cell phone. Anyone who answers the call will immediately dead after their mouth is foamy. In Indonesia, there 9 people had died and just now 2 died at Puchong. This is true. Please spread this sms to the others”

Haha. And thats make ROFLMAO again. There’s even an update which i’ve receive from my friend this morning:

Saudaraku yang dikasihi.maklumat baru tentang ilmuhitam,telah dikesan menggunakan no dari malaysia, iaitu 0148577930 harao jangan di sambut panggilan itu merbahaya sebarkan sms ini

But think wise before believing this shit. This HOAX Chain has begin spread in other country before Malaysia. Lol. We are slow in anything. Lmao. Even in Phnom Penh-Cambodian also, this thing already happen in year 2003 something like that. It is totally HAOX!

And, have you read this news?:

JANGAN PERCAYA SMS PALSU

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.

Thanks to malayneum from lowyat.net for this news. Now, are you still believing this Red number uhh? Hey, it kill a kitten yesterday. ROFL.

Hello!, that SMS is contain of 3pages. And hey, 3 pages means 3 X 15 cent = 45 cent. If 45 cent x 10 person = Rm4.50. Wtf? It just a wasted oke. Thx to dearlyann for this calculation. Haha.

Hey, this thing also spreading through Ym. haha.

button nangit Beware of the Red NumberNang this post!

Comments

  1. syuxx

    lol. fucking noob lah kalau percaya benda mgarut ni. haha

  2. titan

    hehe. percaya atau tak, aku tak kesah. janji sekarang kita bgtau orang. so, takde la orang rasa cam kene tipu je..

  3. helmie.

    titan, benda neh dh terang² xbulehh percaya. xpayahh la waste cred kt org. aiseh. :) mmg chain msg neh useless dan annoying jew.

  4. syuxx

    @titan
    a’ah. kena bagitau lah dengan semua org.
    hehe

    @helmie
    ya, mmg betul. takpayah percaya lah dgn benda ni semua. mengarut. damn noob kalau percaya. haha

  5. uner

    benda nih sebenarnya dulu dah ada.. semua hoax jer (spam). propaganda orang. tah haper haper..

    uners last blog post..some updates for Malaysiana!

  6. syuxx

    @uner
    mmg betul pun. ntah apa motif org yg start spreading benda ni.
    it must somebody that is lifeless. haha

  7. wenzi

    semua number yang ada di screen hp itu hitam/biru.. camner nak jadi merah?

    kecuali beberapa hp yang mempunyai number yang warna warni lah tu..

  8. ie_zan

    betul 2..betul 2..betul 2….
    MENGARUT JER….

  9. Dante-San

    aku pown heran sgguh.
    awat laa manusia suka sebarkan benda2 camneyh.klau YM,frenster atau email xpa lg.Neyh enset.Rugi kredit.

    neway syuxx.ko ada dpt msg yg kata sal bli video pr0n semua tuh?
    ayat lebeyh krg camneyh

    Hello Kent! Hantar ON ANN ke 32066 untuk Hot Movie Clip Collection ku yg canggih! FROM:ANN

    so stupid laa org la neyh.

  10. syuxx

    @vile
    takda. tapi kawan aku aku ada dapat.
    bodoh punya. nanti suka suka dia deducted kredit.
    baik layan pr0n on9. haha

  11. azami bujang

    saya pun ada terima mesej ini…. mula-mula tu tekejut juga tapi benda ini tak masuk akallah…. yang saya dengar pula, ada mengatakan pihak saintis indonesia yang menggunakan high defenasi untuk melakukan kajian terhadap penggunaan gelombang seperti gelombang micro………..
    tapi saya pun tak pasti jugak….

    yang saya pasti….. hanya Allah boleh menentukan segalanya dan dengan izinnya juga segalanya terjadi

  12. Dante-San

    btol2.baik tengok redtube =D

  13. saffa

    ROFL.. mmg xder kerja lain arr ni (yg tulis sms ni and sebar kat org ramai)..

  14. helmie.

    haha. pasal handfon yg hitamputih tuh~ mayb dia num tuh xkluar kaler lah kowt. haha. sakewtt hati lah pasal neh. =.=”

  15. Stucks

    this is absolutely stupid hoax. :D
    but do believe this, when you received email with
    hax username, make sure
    do not open or reply it.
    i.e 1337@zomg.com.
    zuAhahahahah~~

  16. FiFi

    plizzs….
    jgn la percaya sgt….
    aku punya kwn kpd kwn kpd sppu aku pon dpt call tu,dia angkat…
    tp,x mati pon….
    aku dpt informasi la…
    yg mengatakan kalu kita dpt call tu,kita jwb and kita azan atau sebut je nama allah byk….
    tp,bg yg islam je la…..
    yg

  17. virus computer

    nothing to say…. kita orang beragama TAK PERLU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    mempercayai benda karut camtu…kerna sesiapa yang mempercayainya akan mengalaminya……
    jadi lebih baik kita berdiam diri saja….
    jikalau mendapat panggilan tersebut …juz let it….lone…..
    STOP IT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    \KAMU YANG PENYEBAR!!!!!!!!!!!!!!
    TUHAN NAMPAK APA YANG ANDA LAKUKAN……
    MAY GOD BLESS YOU!!!

  18. suhairi_17

    yer
    btol tu kta kna sga;a printah ye k
    jgn tkot ALLAH S.W.T sntiasa mlindungi
    anak adam yer k………….?

  19. menteil

    susah nak caye..
    hehe

    lawa la theme nie..
    nak curik leh??
    haha

  20. eksyen_kamen

    cuba pasang CMT ayat kursi kat telefon anda pasti berkesan!!!!!!!!!!!!!!!hehehehehe

  21. General ZaL

    aku x percaya lah pglan maut ok tu kalo ader brand call guaa hehehe ok all bbbbbbbbbb

  22. ju

    yer lah…kat sarawak ini glisah 1 daerah….semua tutup handphone….

  23. UndEath

    HEhehe…. aku pun tak la pecaya.. … kecoh satu sabah kononnya panggilan itu menggunakan talian berdaftar sabah…. hehhee.. byk cerita kat sini yang mengatakan ramai da mati… jadi org kat sini pun percayala cerita tersebut….

  24. farel

    Saye takut sangat tau. Kat daerah we’ll, masing2 tutup hp time mlm. Tp skrg, ape nak takut. UWEK!!
    Itu benar ke tipu?

  25. Nicholas

    This is damn gay and I never bother to chain my friend but my friend keep chaining me. SMS SPAM ALERT!

    Nicholass last blog post..iPhone 3G is Confirmed coming to you

  26. ilyn

    ntahla.. td br jak bapa aku call bgtau mber skerjanya d LDatu dpt pgilan tu than trus mulut berbuih… pastu hntar p hspital ok da skit.. dorg pun da buat laporan polis.. risau my heart.. mcm tak pcaya plak…

  27. syuxx

    @ilyn

    really? wahh, takut jugak lah macam ni. hehe.
    but dont worry, ajal maut di tangan tuhan.

  28. DeDeKamila

    saya orang indonesia. awak jangan bagi tahu sesiapa kerana:

    1) awak tak tahu mesej tu betul atau tidak
    2)awak akan berdosa kerana awak menyebarkan mesej yang membuat orang ketakutan.
    3)ia mengejek negara indonesia
    4)tidak ada sesiapa pun yang tahu itu benar-benar terjadi

    saya menelefon orangnya tetapi mulut saya tidak berbuih. saya pun tidak mati.

  29. syuxx

    ya, salah kan org yg mnyebar kan mesej ini.
    saya hanya mbetulkan fakya ya.
    oke ^^

  30. ckfdust

    ntah la.. nak cakap tak percaya tak juga, nak cakap percaya susah juga.. sehinggalah semalam 23 may 2008, pukul 11.45pm.. hp aku ringing dan “UNKNOWN” yang tepapar atas skrin, aku tak sedap hati, walaubagaimana pun sifat ingin tahu aku mahu aku sambut telefon tuh, aku sambut panggilan tuh tanpa suara, aku dengar cam ramai org kat background cam background operator yang selalu kita call, pastu mungkin dia perasan yang aku dah sambut tepon dia, dia ucapkan “Assalamm……..” tut.. aku end call tu.. dia tepon lagi.. kali ini dia tepon keluar nombor nih “+6081546051962″.. sama gak, dia ucapakan “Assalamm……..” tut.. aku end kan lagi.. kali ketiga dia call aku.. aku tekan busy.. dia call aku tekan busy.. sampai aku dah tak tahan, aku off kan hp aku.. meremang bulu roma aku.. tapi yang peliknya nombor tu tak berwarna merah pulak.. dan mulut aku tak berbuih.. hp aku sony ericsson k800i, hari ni (24 may 2008) aku duk sibok blogwalking mana tau dpt informasi ader org terkena cam aku.. aku byk dpt info, infrared la, itu la, ini la, sampai la aku ke blog ni.. aku sekadar ingin berkongsi apa yg aku alami malam tadi dengan korang.. aku bukan nak kamu percaya atau tidak.. itu tak jadi persoalan kepada aku.. pedulik hapa aku kamu percaya atau tidak red call nih!! bukannya aku untung atau rugi pun.. bagi diri aku pulak nak kata percaya atau tidak.. 50 50.. yang penting aku tak mau ambil risiko.. aku dah kene call.. tapi nombor tak berwarna merah.. dan minta maaf jika disini ada pembaca indonesia.. loghat salam org tu memang loghat org indonesia.. WALLAHUALAM!!

  31. mahsyar90

    i’ve link your post in my blog for referral..
    telupa bagitau..haha
    nice to meet u

    mahsyar90s last blog post..Salah Ke Berimaginasi?

  32. mr.hihi

    AKU PON LEH WAT ILMU ITAM GAK…..tggu aku punye….tak pkai telepon…….pakai internet plak……hehehe…..orang gila jer pecaye benda ni…..

  33. DeDeKamila

    ya kalau awak sori, jangan tulis semua tu, ckfdust

  34. Vince

    Great site. I will bookmark for my sons to view as well!!!h

  35. Shiyukukanae

    eleh…..HURAFAT!!!klu ALLAH x izen kan,x terjd la jwb nyer!mcm la ilmu hitam 2 lg berkuase dr kuasaan ALLAH?! klu ALLAH x izenkan kte mati;x mati lah jwb nyer…

  36. Shiyukukanae

    why?

Leave a Reply